LAWATAN DARIPADA MENTERI PERTANIAN DAN PERHUTANAN, REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAO, TUAN YANG TERUTAMA PROFESOR DR. LINKHAM DOUANGSAVANH
Published On : Tuesday, 29 April 2025
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menerima kunjungan lawatan daripada Menteri Pertanian dan Perhutanan, Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Linkham Douangsavanh dan delegasi.
Tuan Yang Terutama berada di Negara Brunei Darussalam untuk lawatan kerja bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala serta membincangkan dan meneroka peluang kerjasama, pelaburan dan memperluaskan networking pengusaha dalam bidang pertanian dan perikanan. Seterusnya mengadakan Mesyuarat Kedua Joint Working Committee (JWC) dalam kerjasama pertanian.
Turut mengiringi Lawatan Tuan Yang Terutama ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Puan Yang Terutama Sengdavanh Vongsay.
Ketibaan rombongan berkenaan dialu-alukan oleh Yang Mulia Pengiran Jeffrynul Hafli bin Pengiran Haji Ali, Timbalan Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Tuan Yang Terutama memulakan lawatan dengan menandatangani lembaran kenangan dan seterusnya menerima cendarhati dari YM Pengiran Jeffrynul Hafli bin Pengiran Haji Ali.
Rombongan kemudian bergambar ramai dan seterusnya beredar ke Galeri Pameran Balai Khazanah Islam untuk melihat lebih dekat pelbagai jenis koleksi artifak sejarah warisan Islam yang dipamerkan di ke Sembilan Galeri Pameran Balai Khazanah Islam.